top of page

Nota-nota

Pengenalan wang Malaysia

Duit syiling Malaysia terdiri daripada 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen. Berikut ialah contoh duit syiling Malaysia:

Wang kertas Malaysia terdiri daripada RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.
Berikut ialah contoh spesimen-spesimen wang kertas Malaysia:

Wang kertas Malaysia - RM1.00

Wang kertas Malaysia - RM1.00

Wang kertas Malaysia - RM5.00

Wang kertas Malaysia - RM10.00

Wang kertas Malaysia - RM20.00

Wang kertas Malaysia - RM50.00

Wang kertas Malaysia - RM100.00

Penambahan dan penolakan wang

Cara atau kaedah yang digunakan untuk menambah atau menolak nilai wang adalah sama dengan kaedah yang digunakan dalam menambah atau menolak nombor perpuluhan. Bagi menambah atau menolak nilai wang, titik perpuluhan adalah disusun atau diletak dalam satu barisan tegak lurus dan penambahan atau penolakan adalah dilakukan dari kanan ke kiri.

Jika nilai wang diberi adalah dalam unit sen, tukarkan nilai sen kepada ringgit supaya pengiraan dapat dilakukan dengan mudah. Misalnya nilai 70sen ditukarkan kepada ringgit adalah RM0.70.

Contoh penambahan wang:

Contoh penolakan wang:

Contoh penyelesaian masalah harian yang melibatkan wang:

bottom of page